I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Refresh hati. Show all posts
Showing posts with label Refresh hati. Show all posts

Friday, February 17, 2012

|masih yang dulu| Sang pencinta Rasulullah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....



12 rabiulawal,

seluruh alam menyaksikan, 

turunnya cahaya membelah kegelapan.



saat yang kaya bermaharajalela,


saat yang miskin dicerca dikerah,

kedatangannya umpama pencerahan,

yang membuang durja.




Muhammad SAW,

Bertebaran rahmat ke bumi bertuah,

Islam terpancar disini sana,

bertuahlah mereka yang berjuang bersamanya.




tidak pernah ku dengar suaramu,

tidak pernah ku lihat wajahmu.




Ya Rasulullah,

sekiranya kau hampir denganku,

betapa rindunya aku pada kekasih Allah,

Insan Termulia dikalangan

hambaNYA.

didik hatimu,

cinta pada Maha Pencipta,


cinta pada Rasulullah,



Rintihan Rindu,

Sang Pencinta Rasulullah.....

Tuesday, December 20, 2011

Ohhh chicken!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HOW are you people? hopefully everyone of you are doing fine..yeehaaa...

saya ada teka teki......sapa jawab dialah paling manang..hehehhe..banyak-banyak ayam...ayam apa paling ndak sedap...jawapan di akhir entry ini.


biarlah entry kali ini menjadi tanda tanya buat semua ya....

sesiapa yang pernah mengalaminya, haruslah sentiasa bersyukur kerana Allah dah beri nikmat "rasa" itu kepada yang berkenaan... pagi tadi terbaca post kawan di facebook... 

neyh diaaa>>>>

((نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس, الصحة والفراغ))

nabi b'sabda yg maksudnya....((dua nikmat yang sering

 dilupakan/diabaikan/lalai oleh kebanyakan manusia...iaitu

 nikmat SIHAT dan MASA LAPANG))..


penekanan yang harus pembaca fokuskan ialah, nikmat 

SIHAT..


hadis neyh memang selalu digunakan dalam mana2 ceramah 

yang berkaitan. diri ini jugak agak terkesan tatkala melihat 

post sahabat saya tadi. Ingatlah, nikmat sihat harus kita 

gunakan dengan sebaiknya.. namun begitu, jangan pula kita 

bersangka buruk apabila sakit melanda diri... Sebabnya, baca

 pula dalil di bawah...




“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang

 menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan 

kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-

keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan 

daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Bertuahnya kita kan.....sakit pon ada ganjaran yang Allah 

beri...


The moral from the story are, jangan lah kita sia-siakan 

nikmat sihat kita.... jangan pula kita mengeluh ketika

 sakit.....itu saja..terima kasih (^^_)


seronok sangat, ada family yang prihatin dan kawan-kawan

 yang prihatin... dan yang utama, ada Allah yang Maha 

Penyayang yang melimpahkan kasih dan sayangnya terhadap

 diri ini...


jawapan= CHICKEN POX..hehehehe...







Sunday, November 13, 2011

Bisikkan kesabaran di dalam hatimu

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM 

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

HZ COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

Saturday, November 12, 2011

DugaanNya

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Perhaps, today I would like to write this entry in Malay..

<change>

hypppeeeee..=)
long time no pelat2 melayu yaa..... rindu jugak mahu tulis entri dalam bahasa Melayu..bahasa kebangsaan kan??? ya lah, saya kan amik kos OMPUTEH... jadi kenalah praktis lebih cakap bahasa itu....

topic kali neyh, dugaanNya...
yupp, hari semalam merupakan hari yang sangat penuh dengan dugaan buat diri ini. tersepit di antara dua. Dan pengakhirannya, saya temui jawapan disebalik dugaan itu...


Siapa sayang kita?? Siapa beri dugaan?? Tidak lain tidak bukan, Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. DUGAAN itu semuanya tanda Allah sayang kat kita.. Allah nak uji, sejauh mana kebergantungan kita terhadapNya tatkala kita diberikan dugaan.

Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi, bersama-sama lah kita sentiasa mengingati Allah tatkala kita diduga dengan dugaanNya.... Allah yang beri, Allah jugalah yang punyai penyelesaianNya...



 Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu

 akan masuk syurga, padahal belum sampai 

kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang 

telah berlaku kepada orang-orang yang 

terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa 

kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan 

serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh

 ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah 

Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada 

bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan 

Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan 

Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan 

berpegang teguh kepada agama Allah).


P/s: kerdilnya diri kita bukan? dugaan yang

 Allah beri kepada kita, tidak seberat rasul-rasul 

terdahulu yang berusaha menyebarkan agama 

Allah.. oleh hal yang demikian, bila dugaan 

datang menerpa,



1) Sentiasa ingat pada Allah.


2) bersabarlah.


3) berpegang teguh kepada kepercayaan kita 

yakni Agama kita, agama Allah...





Subhanallah, Alhamdulillah, la ilahailallah, 

Allahuakbar.

(^^_)

Saturday, June 11, 2011

(^__^)

Assalamualaikum..

Yehhh...dua minggu dah aku bercuti di dalam maktab tercinta..well, like biasa....everything is ok...

cerita tentang cinta...ya, aku neyh pon geli jugak lau mo cerita pasal neyh...aku suka alaminya..tapi bukan menceritakan apa yang aku alami....aku cerita selalunya cerita ma orang..bukannya tulis cerita kasi orang baca...apa sudah aku cakap neyh???hahahah

tapi kan.....Cinta memang perlu untuk kita...kalau tanpa cinta....maka tiadalah kita, tiadalah benda-benda wujud disekeliling kita..kenapa???? 

tanpa cinta dari ibu dan bapa kita, maka tiadalah kita lahir di dunia....


Paling penting....


tanpa cinta dari Yang Maha Kuasa...MAKA tiadalah terciptanya alam neyh...kenapa???Dunia neyh selain daripada merupakan medan untuk kita mengumpul bekalan secukupnya ke akhirat nanti, tapi di sini jugalah Allah mahu uji hambanya....uji sejauh mana KECINTAAN hambaNya kepada Maha Pencipta..

tanpa rasa Cinta daripada Allah kepada hambanya, takkanlah kita merasa nikmat yang DIA sediakan....Allah cintakan hambanya...sehingga setiap hembusan nafas kita, diberi secara percuma...subhanAllah...tapi alangkah hibanya tatkala tidak semua menyedari hal ini..dengan cintaNya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan damai..walaupon ada sesetengah yang hidup dalam keadaan yang amat susah...namun, setiap kejadian itu, ada hikmah....DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

tugas kita sebagai 
HambaNya,Carilah cintaNya....balaslah CintaNya...Rebutlah cintaNya..berkongsilah cintaNya....disamping mengerjakan segala suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.....disamping itu, cintailah Rasulullah S.A.W....manusia mulia yang akan membela nasib kita sebagai umatnya diakhirat kelak insyaAllah....

p/s

mo pesan neyh...lau mo bercinta, berpada-padalah....kawan saya pernah nasihat...'jangan bercinta ngn manusia lebih2, nanti Allah tak suka"...

JANgan buat benda bodoh kalau orang yang kita cinta tue tak balas cinta kita, "break" kita or whatso ever....Aku harap sangat kamu jangan buat perkara yang bodoh...Allah dah kasik kita akal fikiran kan?? jadi, kita guna akal tue untuk berfikir..."berbaloikah aku buat benda bodoh neyh semata-mata kerana si polan"....istighfar banyak-banyak..sebab, kalau  aku lah...cewek aku mo bunuh diri keciwa kunun, kasi calar2 tangan ka....satu jak perkataan yang paling sesuai..BODOH..hahah...tambahlah aku tak mo bebaik n balik semula dengan orang macam tue..

susah mo kekalkan satu hubungan tue hingga ke akhirnya..untuk remaja macam kita neyh, perghhhh..time neyhlah hangat mo becinta-cinta kan?? tapi ingat abang-abang, akak-akak, adik-adik, selagi kita tiada ikatan yang sah, mana yang xpatut diberi tue, jangan beri dahulu...paham-paham jak lah ya??? jangan lah percaya lau diorang cakap mo bukti2 cinta....tipuuu jak tue..hahha..hati-hati mencari kawan....kalau mo tau orang tue baik atau tak, dia takkan lakukan sesuatu yang akan merugikan diri kita...ney pesanan spesial tuk kawan pompuan...lelaki yang baik, dia akan jaga kita dengan tak melakukan sesuatu keatas kita...i mean, he'll not doing something would hurt us...iskkk...yang penting totally jaga kita tanpa ada sentuhan dimana2...haaa...begitulah maksud aku...dia akan jaga kita n jaga diri dia jugak supaya tak menspoilkan kita...tapi jangan pulak kita yang dijaga, kita pulak yang menspoilkan diri sendiri....

ingat tau...cinta manusia bukan segala-galanya...muhasabah diri juga neyh untuk diri sendiri...aku pon manusia biasa jugak..punya perasaan, jantung...hahah...

aku dah install cinta baru...cinta yang aku sendiri pon tak pasti..aku harap, aku tak berharap apa-apa..hahhaha..aku takut lah mau berharap-harap neyh...aku mo jadi menantu yang baik...aku pon mo kasi mom n dad aku menantu yang baik...bukan hantu..hahah...

lagipon, kawan aku yang lagi sorang pernah pesan, "kalau mau jodoh yang baik, doalah dari sekarang...ustazah aku selalu cakap macam tue"..hahaha

serius, aku tak boleh lupakan orang tue...semakin aku mo lupa, makin jugaklah dia dekat....Ya Allah, kalau itu yang terbaik untuk aku, maka peliharalah hubungan kami...satukanlah hati-hati kami untuk saling mencintai semata-mata keranamu ya Allah..

so, sekarang ney, aku perlu "topup" setiap inci perincian untuk menjadi 
1) manusia yang reti bersyukur
2) anak yang solehah
3) kakak contoh..
4) pelajar contoh
5) guru berkaliber...dan daie...
6) isteri solehah
7) menantu solehah

ya, aamiin..insyaAllah..doakan laah ya...
paling penting, aku sayang family aku..aku cinta ma family ku...that's for sure...tuk that particular person, I do love u...BUT, I won't say it if u r also not so sure about it..juz don't let me hurt...just say no when u r exactly not the one for me...please don't make me wondering...cz i really dun't like it...i'm sincere wif u...yehhh...jiwang....pesanan penaja jak tue...but surely..i'm SEEKING for HIS love.....insyaAllah.....



Wednesday, March 9, 2011

Perkongsian bersama..

DOA JODOH..

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...







credit to SAUDARA MUHAMMAD IZWAN ZAINAL ABIDIN...