ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....
12 rabiulawal,
seluruh alam menyaksikan,
turunnya cahaya membelah kegelapan.
saat yang kaya bermaharajalela,
saat yang miskin dicerca dikerah,
kedatangannya umpama pencerahan,
yang membuang durja.
Muhammad SAW,
Bertebaran rahmat ke bumi bertuah,
Islam terpancar disini sana,
bertuahlah mereka yang berjuang bersamanya.
tidak pernah ku dengar suaramu,
tidak pernah ku lihat wajahmu.
Ya Rasulullah,
sekiranya kau hampir denganku,
betapa rindunya aku pada kekasih Allah,
Insan Termulia dikalangan
hambaNYA.
didik hatimu,
cinta pada Maha Pencipta,
cinta pada Rasulullah,
Rintihan Rindu,
Sang Pencinta Rasulullah.....
No comments:
Post a Comment